Meskipun masih berada dalam Unit Rawatan Rapi susulan kes sembah asid, pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim menunjukkan perkembangan positif. Pekara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, difahamkan proses operasi kedua yang dilalui Faisal semalam berjalan lancar dan keadaannya semakin baik.
“Alhamdulillah operasi kedua berlangsung malam tadi selama tiga jam. Hasilnya saya dimaklumkan oleh pakar (perkembangan) amat positif, terima kasih atas doa seluruh komuniti dan rakyat Malaysia. Pagi tadi saya difahamkan Faisal sudah boleh makan dan mula ada kemahuan untuk buat latihan normal bola sepak. Bagi saya perkara ini sangat membanggakan sebab dia ada kemahuan tinggi,” katanya.
Dalam temu bual dengan Kosmo! itu, Datuk Seri Shahril juga berkata bagaimanapun ini merupakan operasi kedua buat pemain kebangsaan yang juga pemain kelab Selangor FC itu, selepas ini dia difahamkan akan menjalani operasi ketiga serta keempat. Sumber: Lobak Merah.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.