SELEPAS mencetuskan pelbagai kontroversi, pelakon Fathia Latiff secara terbuka mendedahkan dia menderita gangguan mental dikenali sebagai skizofrenia. Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 37, bagaimanapun tidak memperincikan tentang gangguan tersebut namun memberitahu ia sudah banyak membebankan ibunya. Susulan itu, pelakon itu turut memohon maaf kepada ibunya iaitu Badriyah Hassan kerana sudah menyusahkannya dan berterima kasih atas pengorbanan yang dilakukan untuknya.
“Saya benar-benar kesal kerana membebankan awak dengan penyakit skizofrenia dan tidak berniat menyusahkan ibu. Saya berjanji akan buat lebih baik supaya hubungan kita kembali seperti dulu,” katanya menerusi Instagram pada Jumaat. Fathia turut berkongsi foto lama bersama ibunya ketika dia berusia 23 tahun. Berkongsi lanjut mengenai ibunya, Fathia memberitahu wanita itu seorang yang garang namun sedar tidak mudah membesarkan anak sepertinya.
“Terima kasih kerana menjaga, melindungi dan mendidik saya yang tentunya bukan satu tugas mudah,” katanya. Penyakit skizofrenia adalah masalah mental teruk yang mengakibatkan pemikiran penderitanya berkecamuk dan tidak dapat membezakan realiti. Mereka cenderung mempamer tingkah laku pelik kerana mendengar suara dan membayangkan perkara yang tidak benar, paranoid dan mudah marah.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.