Hanya senarai hitam daripada berlakon, Datuk A Aida akui hubungan dengan Ruhainies sebagai kawan industri masih baik

Penerbit terkenal, Datuk A Aida memberitahu meskipun sudah senarai hitam atau ‘blacklist’ nama aktres Ruhainies daripada berlakon dalam produksinya, namun hubungan mereka sebagai rakan industri masih baik. Menurut A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 54, dia bersikap profesional terutama perkara yang melibatkan dengan kerja. Bagaimanapun, ukhwah sesama manusia masih dijaga.

“Saya memang ‘blacklist’ Ruhainies kerana apa yang salah tetap salah. Tetapi hubungan sebagai rakan industri yang sudah dianggap adik dan kakak tidak putus apabila kami berjumpa. Jika kami berjumpa di luar kami tiada masalah. Boleh salam-salam, peluk-peluk, cium-cium. Saya okay sahaja dengan Ruhainies. Cumanya apabila melibatkan kerja, saya sangat profesional. Kerana jika ada artis yang terbabit dengan isu sensitif dan memberikan contoh tidak baik kepada masyarakat, memang saya ‘blacklist’.

Sama seperti dahulu, yang mana jika artis terlibat dengan bahan terlarang atau sebagainya mereka tetap akan di ‘blacklist’ dengan stesen TV. Bagus juga, kerana dapat dijadikan pengajaran untuk artis yang lain.” Sementara itu, A Aida berpendapat tindakan ‘blacklist’ artis bermasalah dapat memberi pengajaran dan peringatan kepada penggiat seni yang lain. “Dulu RTM kalau ‘blacklist’ artis selama dua hingga tiga tahun. Tidak silap saya lah. Jadi bagi saya kalau boleh dikuatkuasakan semula. Sebab artis sepatutnya jadi tauladan kepada masyakarat.

Kalau artis yang terlibat dengan masalah bahan terlarang atau tangkap basah tapi tidak diberikan sebarang tindakan, maka artis lain mungkin beranggapan tidak mengapa jika mereka juga terlibat dengan masalah.” Dalam pada itu, disoal selama mana tempoh akan ‘blacklist’ seseorang artis, A Aida menjawab bergantung kepada keadaan serta situasi sesama.

“Untuk saya mungkin lagi setahun atau dua tahun. Kalau suasana dah kembali reda balik, mungkin saya berhenti ‘blacklist’ pada seseorang artis itu. Saya tidak mahu nanti jika ambil artis yang nama mereka masih panas, akan beri kesan buruk kepada produksi dan karya saya. Sekarang zaman warganet, saya perlu berhati-hati.”

Terdahulu, A Aida nekad senarai hitam nama Ruhainies daripada membintangi mana-mana naskhah miliknya susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan aktor Aliff Aziz. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.