Tiada angin tiada ribut, seorang wanita muncul dan mendakwa dirinya merupakan bekas kekasih kepada seorang influencer yang namanya terpalit isu gangguan seksual. Menerusi rakaman video, wanita yang dikenali sebagai Atyka ini mengakui bahawa dia pernah menjalin hubungan dengan lelaki tersebut. Tambah Atyka, dia tampil bersuara kerana mahu menyelesaikan isu yang berlaku antara mereka secara baik .
Menurut Atyka yang juga seorang pelakon, pempengaruh tersebut telah menyekat nombornya. Oleh sebab itu, dia berharap lelaki itu tampil bersua muka dengannya sambil menyelesaikan kemelut yang berlaku. “Saya ada hubungi dia untuk berjumpa, sebab saya tak nak keruhkan lagi keadaan tapi saya di block. Saya tak memburukkan dan saya cuma cakap jangan nafikan, sebab ada hal lain antara saya dan dia yang masih belum selesai. Dia tahu apa hal itu.
Saya pun sudah berhenti muat naik sebarang posting di Instagram. Saya hanya nak dia berjumpa dengan saya sahaja.” Terdahulu, Atyka memuat naik sijil kursus kahwin bersama influencer tersebut sebagai bukti mereka pernah menjalinkan hubungan. Malah Atyka juga ada berkongsi paparan skrin mesej dihantar ibu lelaki berkenaan yang menyebut mengenai dirinya.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.