Terlalu awal kongsikan tentang berita kehamilan, Isa Isarb kongsi berita sedih isteri alami kgguran ank sulung

Pempengaruh Youtube, Isa Isarb berkongsi berita sedih memaklumkan isterinya, Lisa Nosra atau nama sebenarnya Siti Nurliana Alisa Mohd Zakri mengalami keggran anak sulung mereka. Menerusi perkongsian di Youtube, Isa dan Lisa akui tidak sepatutnya mereka berkongsi berita kehamilan tersebut terlalu awal. “Saya nak beritahu yang mengandung hari tu dah gugur. Hari tu kami ada beritahu berita mengandung lepas tu sekarang dah gugur tapi tak mengapa kami kuat dan kita akan cuba lagi.

Sebab masa tu tengah teruja baru kahwin tiba-tiba ‘double line’ (mengandung) yey mengandung lepas tu orang mula komen tak boleh beritahu awal-awal, baru kami tahu tak boleh beritahu awal-awal dan lepas tu gugur. Jadi insya-Allah kali ni kita akan rahsiakan dulu kalau mengandung lagi.” Dalam pada itu, meskipun sedih, Lisa kini belajar daripada kesilapan dan mengambil nasihat orang ramai untuk merahsiakan berita kehamilan terlebih dahulu selepas ini.

“Perasaan saya sedihlah tapi itu adalah kesilapan-kesilapan kita disebabkan kita post awal. Kita akan cuba rahsiakan dan ambil nasihat orang sebab terlalu banyak orang cakap yang kita tak tahu dan tak ada pengalaman tentang perkara itu. Doakan kita berdua.” Terdahulu, pemilik nama Isa Batharul Zaman ini memuat naik video berkongsi berita kehamilan isterinya selepas tujuh hari mereka bernikah. Untuk rekod, Isa dan Lisa telah mendirikan rumah tangga pada 10 Mac lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.