Menanggung kerugian lebih dari RM50 ribu, Isa Isarb umumkan batal program Hero Teladan lepas teruk kena kritik dengan warganet

Pempengaruh YouTube, Isa Isarb mengambil langkah untuk menghentikan program Hero Teladan serta merta selepas menerima kritikan. Ia susulan program berunsurkan cabaran itu didakwa tidak sensitif terhadap pergaulan lelaki dan perempuan. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Isa atau nama penuhnya Isa Batharul Zaman, mengakui kekhilafannya kerana melaksanakan program tersebut. Klik sini untuk lihat video.

Pempengaruh itu mengambil keputusan untuk tidak meneruskan lagi program berkenaan namun tetap memberikan hadiah kepada peserta. “Salah, ya ianya salah. Sebab saya buat dan fikirkan ianya adalah ‘challenge’. Jadi saya ambil tanggungjawab penuh. Tak ada kena mengena dengan mereka (peserta) sebab mereka pun tak ada telefon dan mereka tak tahu apa-apa.

Saya akan batalkan program ini serta merta. Saya akan minta peserta semua balik. Tapi mereka takkan tanggung rugi. Hadiah tetap akan diberikan. Mungkin bukan seorang tapi kena bahagikan.” Menurut pempengaruh berusia 26 tahun itu, meskipun dia mengalami kerugian besar namun dia perlu memperbetulkan kesalahannya dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku. “Rugi, memang rugi besar. Kira-kira lebih RM500,000. Tapi tidak mengapa, salah tetap salah.

Saya akan ambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan terus bergerak kehadapan sebab ini adalah kerugian yang paling besar. Sebab ‘challenge’ tengah jalan tiba-tiba kena hentikan. Saya minta maaf kepada semua orang. Insya-Allah saya akan pulih daripada kejatuhan ini.” Terdahulu, program tersebut dikritik gara-gara peserta lelaki dan perempuan ditempatkan di sebuah rumah yang sama. Warganet meluahkan rasa kurang senang kerana pergaulan bebas boleh berlaku di antara peserta.

Untuk info, Hero Teladan merupakan sebuah program cabaran di mana para peserta ditempatkan di dalam sebuah rumah yang dipenuhi kamera untuk mengawasi mereka selama 77 hari. Peserta yang mampu bertahan akan memenangi wang sebanyak RM40,000. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.