Seorang lelaki kaum Cina yang dikenali sebagai Michael Tong Wai Siong baru-baru ini menjadi sorotan warganet kerana kisahnya yang menjaga tiga orang beradik Melayu yang yatim piatu. Memetik laporan Harian Metro, Michael, 55 tahun menjaga tiga beradik iaitu Rafei Ahmad Fauzi, Rasyid dan Abdul Rahman sejak lebih 16 tahun lalu. Lebih mesra dipanggil Uncle Mike oleh ketiga-tiga anak angkatnya itu, Uncle Mike pada mulanya hanya menjaga si abang iaitu Rafei setelah bertemu dengan Rafei yang sebelum itu tinggal di sebuah rumah anak yatim.
Pada ketika itu, Uncle Mike bertemu Rafei yang baru berusia 12 tahun kerana pada masa itu, Uncle Mike aktif dalam aktiviti kelab kereta yang sering membuat kerja-kerja amal di rumah anak yatim terbabit. Difahamkan, setelah ibu bapa mereka pergi menghadap illahi, Rafei dan dua lagi adiknya tinggal di rumah kebajikan tersebut. Namun, individu yang menguruskan rumah anak yatim tersebut yang dipanggil Umi memaklumkan kepada Uncle Mike bahawa Rafei tidak mahu ke sekolah.
Hal itu menyebabkan Uncle Mike mahu membantu Rafei dan dia telah ke sekolah untuk mengetahui tentang masalah Rafei. Di situlah, Uncle Mike baru tahu bahawa Rafei berhadapan dengan masalah pembelajaran. Sejak dari hari tersebut, Uncle Mike mula mengambil dan menghantar Rafei ke sekolah agar dia lebih rajin ke sekolah dan tak lama kemudian, Uncle Mike memutuskan untuk membawa Rafei tinggal dengannya.
Namun, setelah Rafei tinggal bersama Uncle Mike, dia perasan bahawa Rafei sebenarnya merindui adik-adiknya menerusi nota luahan yang ditulis oleh Rafei. Sebak membaca nota luahan kerinduan Rafei terhadap dua orang adiknya yang masih tinggal di rumah anak yatim, Uncle Mike kemudiannya turut membawa adik-adik Rafei iaitu Rasyid dan Abdul Rahman tinggal dengannya agar tiga beradik itu boleh bersatu kembali.
Menurut Uncle Mike, keluarga dan rakan-rakannya memberikan sokongan yang baik kepadanya dalam usahanya untuk menjaga tiga orang anak angkatnya itu. Meskipun berbeza agama, Uncle Mike tidak melupakan pelajaran agama yang perlu dipelajari oleh anak-anak angkatnya itu, jadi seorang ustaz telah datang mengajar anak-anak itu mengaji setiap malam. Malah ketika bulan Ramadan pula, Uncle Mike akan menyediakan lauk bersahur dan berbuka untuk mereka bertiga.
Menurut Uncle Mike lagi, meskipun dia tidak berkahwin, namun hidupnya tetap bahagia kerana kini turut mempunyai dua orang cucu iaitu anak kepada Rafei. Kisah kebaikan hati Uncle Mike ini menjaga tiga beradik ini meskipun tiada pertalian dra telah membuat ramai warganet sebak. Siapa potong bawang ni…berair mata min…
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.