Lain dari yang lain, video wanita rasa terkejut bila kucing peliharaan disahkan khunsa

Seorang wanita berasa terkejut selepas mendapati kucing peliharaannya mempunyai dua alat kelamin iaitu kemaluan jantan dan betina atau disebut khunsa. Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Siti Nordiana berkata perkara tersebut disahkan oleh doktor haiwan selepas dia membawa kucingnya itu melakukan pemeriksaan. “Kalian pernah jaga kucing khunsa tak? Nama kucing saya Wawa @ Wa. Hebatnya kuasa Allah, rezeki saya dapat jaga seekor anak bulus (kucing) khunsa. Klik sini untuk lihat video.

Dah bawa pergi veterinar, doktor sahkan memang betul si comel saya ini khunsa. Memang betul alat kelamin dia. Dia ada penis (burung) tapi testis (telur) tiada. Doktor cakap kemungkinan ada di bahagian dalam atau memang tiada. Dia ada juga vulva (lubang kelamin betina). Tapi alat kelamin dua-dua itu bersambung terus dengan anus (lubang punggung).” Dalam pada itu, wanita berkenaan berkata doktor memberitahu haiwan peliharaanya itu berkemungkinan akan mandul.

“Doktor bagitahu besar sikit nanti kita boleh tengok dia lebih ke arah mana. Ke arah jantina jantan atau betina. Cuma kemungkinan dia mandul. Macam mana pun tidak mengapa, asalkan kucing saya ini sihat selalu.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.