Tak sangka umur muda dah kahwin, ramai yang terkejut lelaki berusia 15 tahun dah jadi bapa

Benarlah jodoh tak kenal usia apabila perkongsian pasangan suami isteri muda di platform TikTok tular dan mendapat perhatian ramai. Apa yang lebih mengejutkan ramai adalah usia pasangan tersebut kerana tidak menyangka mereka masih terlalu muda untuk menempuhi alam perkahwinan. Namun, siapalah kita hendak melawan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Menerusi hantaran tersebut, wanita itu memuat naik sebuah foto bersama suaminya dengan menyertakan kapsyen ringkas seakan menggambarkan situasi kehidupan pada usia muda. Klik sini untuk lihat video.

“Enjoy masa muda? Enjoy hidup berdua lepas kahwin?”tulisnya ringkas. Perkongsian butiran ibu bapa yang tertera dalam sijil kelahiran anak yang baru sahaja dilahirkan pada 8 Mac lalu telah membuatkan ramai tersentak dan terkejut. Mana tidaknya, dalam butiran tersebut jelas memaparkan usia pasangan berkenaan di mana si suami berusia 15 tahun, manakala isteri berusia 17 tahun.

Meninjau di ruangan komen, ramai warganet tinggalkan pelbagai reaksi berdasarkan perkongsian tersebut kerana tidak menyangka usia ibu dan bapa bayi berkenaan masih muda. Ada juga yang tinggalkan soalan sama ada si bapa bekerja atau tidak bagi menyara keluarga kecil. Persoalan itu mendapat perhatian si bapa dan memaklumkan dia bekerja dan masih berkemampuan untuk mencari sumber pendapatan demi keluarga.

“Sendiri ada kaki tangan belum cacat. Boleh usaha, boleh beli apa-apa guna duit sendiri. Sekarang hidup tak perlu nak menyusahkan orang tua (ibu bapa). Mestilah (kerja), takkan nak bagi anak bini makan rumput pula,” jawab mereka. Tidak kurang juga ramai berseloroh dan meluahkan pandangan peribadi dengan menyatakan pasangan itu berkahwin muda di saat remaja seusia mereka sedang sibuk belajar menuntut ilmu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.