Siap bermesej lagi, Leona terkejut boleh mimpi keluar dating dengan Syed Saddiq

Pempengaruh dan anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Leona Iris berkongsi mengenai mimpinya bersama ahli politik, Syed Saddiq. Menerusi hantaran di TikTok, Leona memberitahu mereka seperti mempunyai hubungan istimewa dan keluar ‘dating’ bersama. “Beberapa hari lepas saya bermimpi yang saya berdating dengan Syed Saddiq. Oh my god, dalam mimpi saya kita macam pergi date sini date sana dan kita mesej-mesej. Klik sini untuk lihat video.

Bila saya dah betul-betul sedar, betul ke? Adakah ini mimpi? Bila saya check phone saya rupanya saya tak ada nombor telefon dia. Saya sangat terkejut. Saya duduk atas katil dan fikir betul ke ni? Realiti ke ni? Selepas tu saya sedar ia hanya mimpi.” Menurutnya, dia hairan dengan kehadiran Saddiq yang muncul secara tiba-tiba di dalam mimpinya. “Tak ada apa yang salah dengan dia. Saya tak kenal dia secara peribadi dan saya tak pernah jumpa dia selama ini jadi saya rasa terkejut sebab terlalu ‘random’ dia muncul dalam mimpi saya.

Selalunya awak akan mimpi tentang orang yang awak tengah teringat tapi saya tak pernah terfikir pasal dia dan saya sangat terkejut dia muncul dalam mimpi.” Dalam pada itu, Leona tersipu malu memikirkan sekiranya perkara tersebut menjadi realiti. “Tapi kalau awak nak pergi date? (reaksi teruja dan tersipu malu).”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.