Sejak 15 tahun lalu alami masalah sukar tidur, Ustaz Kazim Elias dedah ada pantang ketika berceramah

Pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim mendedahkan dia masih mengalami kesukaran untuk tidur sejak 15 tahun lalu dipercayai akibat perbuatan sihir. Memetik laporan Berita Harian, Ustaz Kazim menjelaskan dia hanya dapat tidur ketika berada di dalam kereta sahaja. “Saya mula kena sihir pada 1997 dan sudah mula beransur pulih sejak 2021. Sekarang, saya hadapi kesukaran tidur selama 15 tahun. Saya hanya boleh tidur kalau dalam kereta sahaja.

Kalau malam saya hendak tidur, saya akan minta pemandu bawa kereta ke Tanjung Malim misalnya, kemudian patah balik. Jadi, dapatlah saya tidur selama dua hingga tiga jam. Saya sudah dapatkan rawatan doktor, namun tidak dapat diselesaikan juga. Sihir ini tidaklah hilang sepenuhnya, ‘tapak’ atau ‘bekas’ daripada gangguan itu masih ada. Disebabkan itu, kalau saya pergi ke tempat yang ada gangguan, saya akan rasa seperti tidak kena.” Dalam pada itu, dia menyatakan rasa syukur dapat kembali merasai nikmat sihat selepas menjalani pelbagai rawatan dan berhabis wang ringgit untuk menyembuhkan penyakit tersebut.

“Cukuplah duduk lama di hospital, berubat lama dan banyak berhabis duit. Cukuplah sakit dan berhadapan dengan pelbagai gangguan termasuk nampak perkara bukan-bukan.” Bagaimanapun, Ustaz Kazim memberitahu dia masih perlu berpantang bukan sahaja dalam pengambilan makanan malah berhati-hati dalam melontarkan kata ketika berceramah.

“Kesan daripada santau, saya perlu jaga makan. Sampai sekarang saya tak boleh makan rebung, limau nipis, kambing dan tak boleh minum air tebu sebab semua itu ada bisa. Kalau makan, badan saya akan sakit dan pedih. Antara lain, saya perlu berpantang ketika bercakap sebab takut boleh buatkan orang terasa hati sebab dulu masa muda, saya jadi penceramah yang garang, lantang dan bersemangat.

Ketika itu, ada orang marah kerana mungkin saya terlepas cakap. Selepas dapat tahu saya tanya dan mengadap orang yang menghantar sihir kepada saya. Orang itu pun cakap dia terasa dengan apa yang saya cakap. Tapi, saya tak tahu perkara itu kerana tak kenal peribadinya. Jadi, sekarang saya ambil keputusan untuk lebih berhati-hati.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.