Video seorang lelaki letak hasil pancing dekat belakang tempat duduk motosikal, muka tersenyum lebar bila ada yang tegur dekat lampu isyarat

Tindakan seorang lelaki yang meletakkan hasil pancing di bahagian belakang tempat duduk motosikal telah berjaya tarik perhatian warganet di media sosial. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan lelaki terbabit telah disapa oleh pengguna jalan raya lain sambil tersenyum lebar ketika berhenti di lampu isyarat. Klik sini untuk lihat video.

Dalam perkongsian tersebut, lelaki yang menunggang sebuah motosikal Modenas Kriss selamba membawa hasil pancing dipercayai ikan Baung ekor merah bersaiz gergasi. Sehingga kini, video tersebut telah raih lebih 1.5 juta tontonan dan mendapat lebih 169,000 tanda suka selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengusik lelaki terbabit dengan pencapaiannya menangkap seekor ikan bersaiz besar yang sudah menjadi impian setiap pemancing.

Bukan itu sahaja, ramai yang turut bergembira dan memahami perasaan lelaki terbabit malah ada juga individu yang berkongsi pengalaman apabila mendapat hasil memancing ‘lumayan’.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.