Pengasas jenama tudung ‘Bawal Exclusive’ iaitu Haliza Maysuri sering mendapat perhatian warganet di media sosial berikutan barangan mewah yang sering dibelanjakan untuk diri dan keluarganya. Kalau sebelum ini Haliza berbelanja sebanyak RM3.5 juta untuk majlis resepsi anak sulungnya, kali ini dia tidak lokek menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk menyambut ulang tahun kucing peliharaannya yang diberi nama Money. Klik sini untuk lihat video.
Bagi ulang tahun Money yang ke-7, Haliza telah menempah pakaian kucingnya daripada pereka fesyen terkenal iaitu Dato’ Rizalman Ibrahim. Baju kucing itu dilihat cantik bertatahkan batu kristal Swarovski yang cukup diminati oleh pengasas tudung tersebut. “Akhirnya tercapai juga hajat Money nak pakai baju macam mama, letop berkilau mewah Swarovskinya. Bersiap nak sambut hari jadi Money.”
Haliza dan suami turut menempah beberapa hadiah custom made untuk Money seperti seutas beg Louis Vuitton berharga belasan ribu ringgit yang ditempah khas dari Paris. Selain itu, mereka turut memberikan Money seutas kolar kulit yang mempunyai huruf ‘M’ merujuk kepada nama Money. “Papa tempah khas hadiah hari jadi untuk Money. Sampai dari Paris nanti Money buat unboxing.”
Hari jadi kucing Haliza disambut kecil-kecilan tetapi meriah di salah sebuah butik mewah jenama antarabangsa iaitu Louis Vuitton. Beberapa orang staf butik telah membuat kejutan sebiji kek untuk Money. Video tersebut ternyata mendapat perhatian warganet di TikTok, rata-rata daripada mereka teruja melihat kemewahan yang dimiliki oleh pengasas tersebut.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.