Anak kepada selebriti, Azhar Sulaiman iaitu Leona tidak peduli tentang komen negatif yang pernah diberikan oleh warganet mengenai cara pemakaiannya yang pernah dilabel ‘seksi’. Jelas Leona atau nama penuhnya Kasih Irish Leona, dia berasa senang dengan penampilannya dan hanya menjadi diri sendiri. “Saya tak peduli, orang boleh cakap apa-apa yang mereka mahu tentang badan saya.
Sementara itu, gadis berusia 22 tahun itu juga memaklumkan bahawa dia enggan membaca komen negatif yang ditinggalkan warganet mengenai dirinya. “Sebenarnya saya tak baca pun komen, saya taktahu apa yang orang cakap tentang saya Saya hidup di dalam dunia saya sendiri. Banyak orang yang negatif dan positif di dunia ini, jadi fokus untuk positif sahaja,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, penampilan Leona menerusi hantaran di sosial medianya sering mendapat perhatian ramai apabila baju yang digayakan dikatakan terlalu mencolok mata. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.