Muat naik video Memey dan Norman Hakim makan bersuap, sekali reaksi muka Abby Abadi jadi perhatian warganet

Video pelakon Abby Abadi buat muka semasa keluar bersama bekas suami, Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza meraih perhatian daripada warga maya. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Abby telah memuat naik video memaparkan mereka bertiga sedang menjamu selera di sebuah restoran. Namun,apa yang melucukan pada video itu adalah apabila Abby membuat muka melihat kemesraan Norman dan isterinya.

“POV: bila seronok sangat makan bersuap, tak sedar orang depan berbulu,” tulisnya dalam video tersebut. Sementara itu, video tersebut turut memaparkan Memey menyuapkan makanan kepada Norman dan Abby memandang mereka dengan muka kurang senang. Bagaimanapun, pada ruangan kapsyen Abby jelas-jelas menyatakan video tersebut hanyalah gurauan dan pandangannya itu tidak mempunyai maksud apa-apa. Klik sini untuk lihat video.

“Kita suruh Memey ambilkan video saya tadi, sebab saya dah ambil banyak video muka dia. Nak edit buat video, balancelah kan. Tapi bila tengok balik, takde ye. Pastu makan pula bersuap-supa depan saya, cari gdhlah korang ni,” selorohnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat Abby yang berpura-pura membuat muka melihat kemesraan pasangan itu.

Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada 2002 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum berpisah pada 2008. Norman kemudian berkahwin semula dengan Memey, yang juga merupakan pelakon pada 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Manakala, Abby juga berkahwin semula dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata namun telah meninggal dunia pada 2019.

Namun begitu, Abby dan Muhammad Faizal telah mengambil tiga orang anak angkat yang mewarnai kehidupan mereka. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.