Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau Che Ta memberitahu pergolakan rumah tangga yang berpunca daripada orang ketiga atau penyondol kedua-dua belah pihak perlu disalahkan. Menerusi hantaran di TikTok, perkara seperti itu tidak akan berlaku sekiranya si suami tidak membuka ruang dan peluang untuk disondol. “Penyondol dengan suami siapa yang patut disalahkan? Hello! Salahkan dua-dua. Tepuk sebelah tangan tak berbunyi. It takes two tango (masalah yang melibatkan dua belah pihak). Klik sini untuk lihat video.
Kalau saya, aku sesah (belasah) sahaja kedua-duanya. Jangan bagi peluang pada lelaki itu. Kalau dia tak mula, takkanlah semuanya terjadi. Kalau saya, dua-dua saya santau, sesuai dan puas hati.” Dalam pada itu, dia turut mengingatkan suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin untuk tidak berlaku tak setia terhadapnya. “Takkanlah Zain berani, dia nak keluar rumah pun menggigil takut. Isteri pula kadang-kadang macam harimau, ada hari macam singa.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.