Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim pergi Mekah balik hari seperti mana dikongsikan menerusi sebuah hantaran di media sosial, hari ini. Bagaimanapun, dia tidak sempat untuk menunaikan ibadah umrah disebabkan kesuntukan waktu semasa di sana. Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 32, meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat untuk melakukan ibadah tersebut. Maklumnya, dia dalam perjalanan dari London dan transit di King Abdulaziz International Airport, Jeddah selama beberapa jam sebelum meneruskan penerbangan pulang ke Malaysia. Klik sini untuk lihat video.
“Ryzal sekarang ada dekat Jeddah otw nak pergi ke Mekah untuk beli perfume dekat The Clock Towers. Beli perfume dekat situ, balik ke Jeddah naik teksi yang sama. Jam sekarang pukul 9, kena ada dekat airport pukul 1,” katanya. Maklum suami kepada pempengaruh asal Korea Selatan, Maryam Younarae, dia sudah berniat mahu mengerjakan ibadah tersebut, namun Allah tidak mengizinkan dia berbuat demikian.
“Niat dah ada untuk umrah, sebenarnya cukup saja untuk buat umrah tapi disebabkan Allah tak izinkan, maka tak jadi. Semuanya atas izin Allah. Apa saja kita nak, minta dengan Allah. Tuhan punya perancangan adalah yang terbaik,” katanya lagi. Ryzal juga percaya semua perancangan Allah SWT adalah terbaik. Dia mungkin akan datang pada lain masa untuk beribadah
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.