Gelagat pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rashid melayan karenah anak lelakinya, Saif Sulaiman menjadi perhatian warganet. Menerusi sepotong video yang dimuat naik di TikTok isterinya, Syifa Melvin merakamkan Safawi sedang memegang lengan anaknya yang sedang bertatih dan menyepak bola secara perlahan. “Pertama kali dia menyentuh bola, tak sangka pula dia seronok,” maklum hantaran tersebut. Klik sini untuk lihat video.
Sementara itu, ruangan komen juga dipenuhi dengan kata-kata usikan dan positif warganet terhadap Safawi. Rata-ratanya mengatakan Saif bakal mengikut jejak langkah bapanya sebagai pemain bola sepak suatu hari nanti. Antara komen yang diterima adalah: “Dia tahu tak bapa dia tu Pawi?” “Wah dah training dari kecik ni. Wakil bola sepak negara soon,” “Dik ayah awak Safawi dik,” “Latih anak dari awal biar minat dan mahir dengan bola.”
Terdahulu, Syifa telah mendirikan rumah tangga dengan Safawi Rasid pada 28 November 2022 dalam sebuah majlis tertutup bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah menerima cahaya mata sulung, Saif Sulaiman pada 30 September lalu. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.