Selangor FC kini perketatkan kawalan keselamatan dengan menyediakan pengawal peribadi kepada isteri dan keluarga pemain bola sepak, Faisal Halim sebagai langkah berjaga-jaga. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, inisiatif itu dilakukan bertujuan untuk memastikan keselamatan mereka terjamin dan insiden buruk tidak berlaku lagi. “Kita bekerjasama dengan pihak berkuasa dan polis yang akan membuat rondaan, malah di kawasan ini (hospital) pun ada. Bukan sahaja Faisal tetapi juga pemain lain.
“Kita juga tempatkan pengawal peribadi untuk bantu isteri dan keluarga Faisal,” katanya. Terdahulu, Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey telah disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali ketika berda di pusat beli-belah, Ahad lalu. Setakat ini, Faisal sudah menunjukkan perkembangan positif dan masih dalam proses pemulihan selepas mengalami kesan lecuran tahap empat. Malah, pemain bola sepak menerima tampatan kulit yang bernilai RM30,000, ‘skin allograft’ yang diimport dari Belgium untuk membantu mempercepat proses pemulihan kulitnya.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.