Spm dapat keputusan cemerlang, Kak Km hadiahkan ank sebuah kereta dan duit RM10k

Usahawan sensasi, Kak KM hadiahkan anak kereta dan cek bernilai ribuan ringgit atas kejayaannya memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, hari ini. Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memuat naik video reaksi dirinya bersama anak lelaki, Faris Razman di platform Instagram. Menerusi hantaran tersebut, anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri dilihat menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada satu-satunya anak lelakinya.

Difahamkan, kedua-dua hadiah tersebut bagi meraikan kejayaan Faris yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya. “Faris, sempena kejayaan abang.. first ni kereta… nombor dua.. ni dia (sambil menghulurkan cek),”katanya. Kak KM bagaimanapun menganggap hadiah tersebut tidak ternilai jika hendak dibandingkan dengan kejayaan yang diperoleh Faris bagi keputusan SPM 2023.

“Takpelah, ingat senang ke nak dapat? Sayang anak mama.. pandai anak mama,” luahnya. Terdahulu, Kak Km menangis kesyukuran apabila anak lelakinya meraih keputusan yang amat membanggakan meskipun tidak memperoleh semua A. Kak KM juga menyifatkan kejayaan yang dikecapi oleh anak keduanya itu adalah berkat daripada solat hajat dan doa keluarganya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.