Keputusan paling sukar Syasya Rizal adalah keluar daripada kumpulan Dolla sebelum mengejutkan ramai apabila mendirikan rumah tangga pada 20 April 2024 yang lalu. Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, di Instagram miliknya setelah ramai yang tertanya-tanya tentang punca dia menarik diri dari Dolla sebelum mendirikan rumah tangga.
Ujar selebriti itu, dia sedar bahawa keputusannya sedikit sebanyak mengguris hati beberapa pihak terutamanya peminat, namun takdir telah tertulis dan dia perlu membuat keputusan di saat paling sukar demi kelangsungan hidup. “Syasya tau, keputusan yang Syasya buat sedikit sebanyak buat ramai yang keliru, marah dan mungkin terguris perasaan. Namun, takdir telah tertulis bahawa Syasya perlu membuat keputusan di saat paling sukar demi kelangsungan hidup. Syasya tahu sebahagian peminat terluka dengan keputusan ini, tetapi sejujurnya luka itu lebih besar untuk diri Syasya sendiri kerana perlu menerima dan melalui ketentuan ini,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, bekas ahli kumpulan Dolla itu menyatakan yang dia tetap sama seperti dahulu dimana kali pertama bertemu peminat pada 2019. Dia juga akan sentiasa menyokong Dolla memandangkan tiga lagi ahli kumpulan berkenaan sudah dianggap seperti kakak-kakaknya sendiri. “Untuk Dolla pula, Syasya sentiasa sokong kerjaya kakak-kakak Syasya yang sudah bersama Syasya dari permulaan kerjaya. Dolla segalanya untuk Syasya and it is something precius that I really treasure.
Impian untuk Dolla melangkah ke pentas international masih Syasya sematkan dalam jiwa walaupun sudah tidak bersama dengan mereka lagi,” ujarnya. Sekadar info, Dolla telah memulakan kerjaya seni mereka pada tahun 2019 apabila muncul dengan album pertama berjudul Dolla Make You Wanna. Penubuhan kumpulan nyanyian wanita tersebut dibuat secara uji bakat dan keempat-empat mereka yang dianggotai oleh Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya tidak mengenali antara satu sama lain.
Namun begitu, pada April 2024, Syasya telah mengumumkan penarikan diri dari kumpulan tersebut atas sebab-sebab peribadi. Tak lama selepas keputusan tersebut dibuat, dia telah berkongsi momen bahagia apabila bergelar isteri pada 20 April 2024. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.