Akan terbang ke China dan Hong Kong, Shila Amzah akui mungkin akan mula bekerja lebih awal dari tempoh pantang habis

Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia akan kembali bekerja semula selepas habis tempoh pantang selama 44 hari. Bagaimanapun Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata berkemungkinan juga dia akan mula bekerja lebih awal daripada tempoh pantangnya habis. “Saya perlu bekerja selepas sahaja habis pantang 44 hari itu. Mungkin tak sempat habis pun pantang, mungkin ada baki lagi dua hari kot. Tetapi insya-Allah ada jarak-jarak juga hari dan masa bekerja itu. Bukan setiap hari.”

Shila memaklumkan mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story sebagai jawapan balas kepada pertanyaan yang diajukan peminat. Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu ini memberitahu dia akan terbang ke China dan Hong Kong untuk memenuhi undangan membuat persembahan. “Saya ada juga akan ke China dan Hong Kong nanti.”

Sekadar info, Shila selamat menyambut cahaya mata kedua yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei lalu dan kini sedang menjalani tempoh berpantang. Shila mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial, Ubai MZ pada 5 Ogos 2023. Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 namun berpisah selepas empat tahun. Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.