Ibu bawa datang untuk minta maaf, Aeril Zafrel dedah individu yang ceroboh rumah dia rupanya anak istimewa

Tindakan lelaki ceroboh rumah Aeril Zafrel yang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pelakon dan usahawan terbabit rupanya anak istimewa susulan kehadiran ibunya yang bertemu dengan selebriti itu seusai video berkenaan tular di media sosial. Menerusi hantaran terbaru Aeril di Instagram, dia menjelaskan bahawa lelaki di dalam video terbabit telah datang bersama ibunya ke rumah pada petang hari selepas rakaman CCTV dimuat naik ke platform berkenaan.

Wanita terbabit menjelaskan bahawa anaknya adalah remaja istimewa dan turut menafikan anaknya meletakkan barang dipercayai sihir di kawasan tersebut. Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Wawa Zainal berkenaan menyatakan yang remaja terbabit memberitahu tidak meletak barang sihir seperti didakwa. Namun, selebriti itu bersyukur kerana remaja terbabit menjadi asbab dia menemui barang yang dipercayai dibakar bersama limau.

“Berkenaan barang sihir budak ni ckp dia tak ada letak. jadi kemungkinan bukan dia yg letak. tapi peristiwa ini ada hikmah di sebalik nya. Kalau budak ni tak panjat rumah sy saya tak ade la nak check kawasan rumah tu dan tak jumpa la barang sihir tu,” tulisnya. Susulan daripada itu, pemilik nama sebenar, Suhairil Sunari, 35 menyatakan apa yang berlaku sebagai satu bentuk iktibar kepada dirinya sendiri, ibu bapa remaja terbabit dan semuanya sekali.

“Apa pun semoga kejadian ini menjadi iktibar untuk saya,ibu bapa budak ini dan utk semua. Katanya budak ni peminat saya tu sanggup panjat pagar sebab suka hehe,” ujarnya lagi. Terdahulu, Aeril Zafrel telah berkongsi rakaman CCTV memperlihatkan seorang remaja lelaki yang memasuki rumahnya dan meminta orang ramai untuk mengesan individu terbabit. Menurutnya, dia mahu mengambil tindakan undang-undang susulan penemuan beberapa ‘barang’ dipercayai diletakkan di kawasan rumahnya oleh individu tersebut.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *