Teruk kena kritik dengan warganet bila Aliff Syukri nasihat pekerja perlu sentiasa ada masa untuk jawab panggilan majikan walaupun bukan waktu pekerja

Usahawan Datuk  Seri Aliff Syukri nasihat pekerja perlu sentiasa ada masa untuk menerima panggilan daripada majikan walaupun berada di luar waktu bekerja. Menerusi satu perkongsian di TikTok, Aliff menjawab soalan perlukah seorang pekerja mengangkat panggilan telefon majikan mereka setiap kali ditelefon. Menurutnya, wajib bagi seseorang pekerja untuk menjawab semua panggilan telefon daripada bos bagi memastikan mereka tidak terlepas perkara penting. Klik sini untuk lihat video.

“Bos selalu telefon masa bukan waktu kerja, boleh angkat tak? Okay, bila bos korang telefon bukan waktu bekerja, kena angkat dan wajib angkat. Mana tahu ada perkara penting. Kalau bos telefon waktu cuti Sabtu dan Ahad, kena angkat tak? Ye, kena angkat,” katanya. Aliff juga berpendapat majikan akan lebih menghargai pekerja-pekerja yang menunjukkan dedikasi mereka dengan mengangkat panggilan telefon walaupun tidak bekerja.

“Sebab apa, orang yang rajin dan orang yang bos nak hargai ini adalah orang-orang yang tak berkira. Jadi kalau masa cuti tu kena tanya ‘kenapa bos, apa yang boleh saya bantu’,” ujarnya. Tidak cukup dengan itu, Aliff juga berkata sekiranya pekerja sedang sibuk dan tidak sempat mengangkat panggilan, mereka perlu memaklumkan perkara tersebut kepada majikan. “Kalau kau tengah sibuk dan tak sempat angkat telefon, balas Whatsapp dan beritahu alasan anda tidak mengangkat panggilan mereka.

Jangan senyap sebab kalau kita sendiri nak jadi bos kepada pekerja kita tapi anda tak boleh menghormati bos dan tak nampak dedikasi, macam mana bos nak naikkan pangkat atau naik gaji? Jika anda seorang pekerja yang bagus, anda sentiasa mengangkat telefon majikan walau malam, siang, pagi atau petang,” katanya. Usahawan berusia 37 tahun itu turut meluahkan bagi dirinya, pekerja yang baik adalah seseorang yang berdedikasi dan bertanggungjawab.

“Bagi saya seorang pekerja yang bagus akan sentiasa berdedikasi dan bertanggungjawab bila-bila masa yang diperlukan. Jadi kepada anda yang susah nak angkat telefon bila bos telefon, fikir-fikirkan. Bila anda dapat orang yang hebat, anda perlu menjadi seorang pekerja yang hebat dan ketika anda dah jadi pekerja yang hebat, anda akan jadi ketua yang hebat,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Aliff itu kerana kebanyakan majikan tidak melihat pekerja mereka dari sisi itu.

Dalam pada itu, ada juga yang mengingatkan Aliff bahawa undang-undang di negara ini mengatakan sebaliknya dan pekerja mempunyai hak mereka sendiri. Terdahulu, Aliff terpalit dengan kontroversi selepas membuat memuat naik klip yang dipercayai sebahagian daripada video dalam lagu hari rayanya. Namun disebabkan pakaian yang kurang menyenangkan di mata, warga maya telah mengkritik usahawan sensasi itu sehingga dia dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberikan keterangan berhubung video itu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *