Azlee Senario dedah dah tak buat siaran langsung sampai malam, lepas kena srangan jantung lebih utamakan kesihatan

Pelawak Azlee Senario utamakan kesihatan selepas dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan jantung pada awal Jun lepas. Menerusi temu bual, Azlee atau nama sebenarnya Muhammad Azlee Jaafar, dia kini lebih mengutamakan tahap kesihatan supaya keadaan itu tidak berulang dan menjadi lebih teruk. Menurut pelawak berusia 57 tahun, dia dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dengan tidak mengambil makanan berlemak dan berminyak.

“Sebenarnya kita harus cukup , jangan stres, jaga pemakanan.. sebab jantung ini dia pada kolesterol. Kalau kita salah makan, makanan berminyak dan berlemak. Kita punya injap jantung boleh terus tersumbat dan kita mendapatkan tidur secukupnya dan tidak stres,”katanya. Azri juga mengakui juga sudah lama tidak bersiaran langsung di platform TikTok dan akan mengurangkan aktivit tersebut terutama sehingga lewat malam.

“Saya sudah empat minggu tidak buat ‘live’ (TikTok) sebab sibuk dengan kerja. Betul juga kata anda (kena kurangkan live TikTok) sebab saya perlu cukup tidur,” jelasnya. Sementara itu, dia juga menasihatkan golongan anak seni untuk membuat caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menerima manfaat tatkala berdepan kecelakaan. “Dalam fikiran saya, apabila dah bersara, caruman itu pun dah tamat di situ sedangkan kita boleh carumkan sendiri.

“Dengan adanya persatuan yang memainkan peranan, saya rasa, ia satu manfaat yang bagus. Saya sarankan kepada rakan-rakan artis, tak kiralah dia penyanyi, pelakon, pelawak, komposer, pemuzik, penulis atau apa pun, dengan adanya persatuan yang diwakilkan Perkeso untuk mencarum, kena buat. Kita ada subsidi dan sebagainya. Jagalah kesihatan kita. Dengan siapa lagi kita nak minta bantuan. Selagi ada persatuan yang prihatin dengan kita, gunakanlah peluang itu,” katanya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *