Pertama kali muncul lepas kejadian simbah asid, ramai yang sedih bila tengok progress pemulihan muka dan anggota badan Faisal Halim

Bintang Selangor FC, Faisal Halim jadi tumpuan hari ini apabila muncul buat pertama kali dalam satu sidang akhbar selepas insiden simbahan asid pada 5 Mei lalu. Faisal menjadi sasaran simbahan asid yang berlaku di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya hingga menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat. Dalam sidang media terbabit, Selangor FC turut berkongsi mengenai kronologi dan situasi semasa membabitkan Faisal Halim.

Difahamkan keadaan semasa Faisal Halim atau mesra dengan panggilan Mickey menunjukkan pemain itu tidak dapat menggunakan tangan kiri ekoran terkena asid jenis sulfurik yang disimbah. Dapat dilihat keadaan luka di tangan dan parut di muka pemain berusia 26 tahun itu menceritakan seribu satu kesengsaraan yang dialami selama sebulan sejak insiden tersebut berlaku. Dalam sidang media itu juga, turut dipaparkan perkembangan pemulihan muka, lengan dan dada Faisal Halim.

Tambah Faisal, dia sendiri enggan mengingat kembali kejadian tersebut kerana ia merupakan satu tragedi yang sangat gelap buat diri, keluarga dan juga kariernya. Rata-rata warganet yang melihat perkongsian gambar itu meluahkan rasa pilu dan mengecam tindakan pelaku yang telah melakukan perbuatan jahat terhadap individu yang tidak bersalah.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.