Syukur akhirnya tercapai hasrat nak tunaikan haji dengan ibu, tak sangka rupanya Elfira Loy dapat 2 kali jemputan untuk ke haji

PELAKONĀ Elfira Loy meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah bersama ibu tercapai. Kata Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, perancangan untuk menunaikan haji bersama ibu itu sudah dibuat sejak beberapa tahun yang lalu. Namun, niat berkenaan terbantut kerana mengenangkan anak-anaknya yang masih kecil. “Syukur sangat impian mama (ibu Elfira) and saya untuk mengerjakan Haji bersama beberapa tahun lama yang lepas akhirnya terkabul. Sebenarnya Alhamdulillah kami berdua mendapat peluang untuk mengerjakan haji dari Tabung Haji.

Tapi disebabkan memikirkan fasal anak jadi saya menolak dan dan dahulukan Mama dulu,” katanya dalam satu hantaran di Instagram miliknya. Bagaimanapun rezeki itu datang sekali lagi apabila Elfira menerima undangan daripada Kementerian Media Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada saat-saat akhir. Kata Elfira, jemputan kali kedua ini membuktikan dirinya sememangnya ditakdirkan menjadi tetamu Allah bagi melengkapkan rukun Islam kelima berkenaan. Pada hari doa selamat mama, Saya mendapat berita gembira bahawa ada jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi.

Masya-Allah! Allah benar-benar menjemput saya sehingga dua kali jemputannya, jadi saya tawakal pada Allah. Saya pergi sahaja Lillahitaala,” ujarnya. Elfira berangkat ke Tanah Suci pada 10 Jun lalu menerusi jemputan dari Kementerian Arab Saudi. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.