Pelakon Farid Kamil meluahkan rasa syukur dapat menikmati kehidupan yang bahagia bersama isteri tercinta, Diana Danielle dan dua cahaya mata mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora. Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, menyifatkan kebahagiaan tersebut sebagai salah satu nikmat yang diberikan oleh Ilahi. “Saya sebenarnya amat bersyukur dan rasa dirahamati. Saya menikmati kehidupan dengan penuh bahagia, alhamdulillah.
Segalanya berjalan dengan lancar termasuk keluarga dan kerjaya seni. Selain gembira, saya memang amat bersyukur.” Sementara itu, berkongsi mengenai perkembangan kerjaya seni, Farid memberitahu dia kini sedang menjalani penggambaran sebuah filem berjudul Baran. Katanya, pengarah filem berkenaan memintanya untuk menaikkan berat badan sehingga mencecah sekitar 100 kg demi menjayakan watak.
“Badan saya sekarang memang sedikit berisi, saya akui kerana berat saya naik mencecah 97 kg. Sebelum ini berat badan saya 80 kg, namun untuk penggambaran filem Gol saya terpaksa kurangkan menjadi sekitar 67 kg. Untuk filem yang saya sedang menjalani penggambaran sekarang (filem Baran) ini pengarah minta badan sedikit ‘flabby’ (berisi). Penggambaran filem itu berbaki lagi 20 peratus, jadi saya cuba untuk kurangkan semula berat badan. Ini pertama kali berat macam ini, memang rasa mengah bila berat badan cecah 97 kg.”
Terdahulu, Farid mengesahkan sudah rujuk kembali dengan bekas isteri, Diana Danielle pada 31 Ogos tahun lalu selepas mereka sah berpisah menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023. Imbas kembali, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.