Lelaki OKU rindu keluarga selepas hampir tujuh tahun dibuang dan ditempatkan di sebuah Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia yang terletak Kajang, Selangor. Video dimuat naik oleh sebuah stesen radio nombor 1 paling legit, Era FM telah menyentuh hati ramai terutama selepas penyampai radio, Muna Bella membaca diari yang ditulis oleh salah seorang penghuni dikenali Syafiq. Klik sini untuk lihat video.
Menerusi hantaran tersebut, dilihat Muna Bella membaca diari yang ditulis Syafiq yang pada mulanya dalam nada bersahaja sebelum mula sebak apabila mengetahui lelaki itu telah dibuang keluarga atas kekurangan diri. Difahamkan, Syafiq telah menghuni pusat jagaan tersebut sejak tahun 2018 dan sehingga kini. “Saya sedih sebab saya dibuang. Saya merindui adik-adik saya yang sudah besar. Saya hanya inginkan kasih sayang seorang yang tak pernah berubah. Hanya itu yang saya mahukan,” tulis Syafiq dalam diari tersebut.
Pemuda berusia 27 tahun itu turut mencoretkan luahan dirinya menangis rindukan keluarga selama hampir tujuh tahun menjadi penghuni rumah jagaan tersebut. Dalam diari itu, dia turut menyatakan tiada sesiapa mahu memeluknya sehingga membuatkan dia sedih kerana ramai membenci termasuk membuli kerana fizikalnya. “Tiada siapa pun mahu peluk saya. Saya sangat sedih sebab semua orang benci, buli saya. suka ejek saya cacat. Saya selalu sendiri sebab saya tahu semua orang jahat dengan saya. Saya selalu diam je walaupun orang lain suka buli saya,” coretnya lagi.
Dalam pada itu, Syafiq juga memberitahu dia sudah penat dengan dunianya sekarang. Oleh itu, dia meminta orang ramai untuk memberikan semangat buat dirinya untuk meneruskan kehidupan agar menjadi lebih kuat, berjaya di dunia dan akhirat. Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana mereka turut sebak dan sedih disaat membaca coretan diari Syafiq yang dibacakan oleh Muna Bella. Mereka juga mempersoal akan sebab keluarga Syafiq membuang pemuda itu selain tidak henti meninggalkan kata-kata semangat buatnya.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.