Tular kad tunang digital Aliff Aziz dan Ruhainies, tak boleh berdiam sekali ini pula respon dari tuan badan

Pelakon sensasi, Ruhainies nafi bakal bertunang dengan aktor Aliff Aziz seperti mana yang ditularkan oleh pengusaha kad kahwin digital, baru-baru ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ruhainies di Insta-story, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan berhubung fitnah tersebut yang menggunakan namanya demi publisiti perniagaan.

“To this page, i will make sure you will pay for it. Pengajaran untuk company-company lain juga yang tidak bertanggungjawab yang selama ni mereka reka cerita demi naikkan followers dan viewers. Saya dah lama sangat berdiam. Kepada IG USERS yang saya hormati, bijaklah menilai dan jangan cepat percaya apa yang dipaparkan di media social. Fitnah dah jadi kebiasaan untuk mereka mereka ini. Dunia ni dah terlalu TENAT. @kaddigital.murah,” katanya.

Dalam pada itu, aktres yang berusia 31 tahun itu menyeru kepada pengikut di media sosial untuk berkongsi sebarang berita palsu kepadanya menerusi direct message (DM) bagi memudahkan tindakan selanjut diambil. “Saya mohon juga kepada followers-followers saya untuk share dengan saya melalui DM jika terdapat mana mana lagi manusia yang tidak bertanggungjawab manabur fitnah dan mereka reka cerita yang tidak berasas.

Sama-sama lah kita bantu untuk ambil tindakan yang sewajarnya. Mungkin hari ini saya yang kena, hari lain orang yang anda sayang pula. A dan saya juga mohon untuk korang report page tu di IG dan account tiktok mereka juga. Terima kasih dan semoga Allah membalas jasa baik semua,” ujarnya.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah di ibu negara. Malah, rumah tangga antara Aliff dan Bella Astillah terlerai selepas mereka disahkan berpisah talak satu pada 13 Jun lalu. Sekadar info, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.