MISTERI kes pecah masuk rumah usahawan pencuci mulut Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda, 27, terungkai apabila polis membuat tangkapan ke atas empat suspek di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pagi Khamis. Suspek termasuk dua wanita direman enam hari hingga 11 Jun bagi membantu siasatan berhubung kejadian pecah masuk rumah Kieda pada 25 April lalu. Terbaharu Kieda melalui satu hantaran video di laman Instagram pada Jumaat mendedahkan kes pecah rumahnya merupakan satu kegiatan sindiket yang sebelum ini pernah menyasarkan beberapa kediaman usahawan terkenal.
Menurut Kieda, antara yang pernah menjadi sasaran kumpulan jenayah terbabit adalah rumah usahawan sensasi Liana Rosli atau Kak KM apabila kediamannya dirompak pada 5 Mac sehingga mengalami kerugian keseluruhan bernilai RM3.5 juta. “Empat suspek yang positif kes Kieda adalah pasangan suami isteri dan adik-beradik. Mereka dah biasa pecah rumah Kak KM serta beberapa rumah usahawan lain di Kelantan dan Selangor. Sebelum ni kami syak yang ini kerja orang terdekat, rupanya tidak sebab kami tak kenal pun mereka dan memang di luar jangkaan. Mereka duduk di Kuantan, Pahang tapi datang pecah rumah sampai ke Pulau Pinang ni, serupa road tour dah.
Maklumat ni kami terima daripada pihak D4 dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas, Pulau Pinang. Kalau nak tahu, tangkapan berlaku dekat Mahkamah Jalan Duta, ketika tu mereka di sana tengah bicara kes Kak KM. Maksudnya ketika mereka masih dalam bicara kes pecah masuk rumah, mereka masih aktif merompak rumah orang lain juga di mana rumah saya sendiri turut terlibat,” dedah Kieda. Dalam pada itu, Kieda menzahirkan rasa syukur dan lega apabila dia akhirnya dapat mengetahui kebenaran tentang kes pecah masuk rumahnya.
“Hari ke-44 sejak rumah kami dipecah masuk, dapat juga jawapan yang boleh buatkan kami tenang, hilang sikit rasa trauma ni. Sekarang kami cuma harapkan semoga ada keadilan yang sewajarnya. Memandangkan semuanya sudah jelas, harap orang ramai boleh berhenti menuduh sembarangan sampai kenalan dan ahli keluarga kami terkena tempias. Kami ucapkan terima kasih IPD Kepala Batas kerana membantu kami.
Satu lagi saya harapkan keajaiban untuk dapatkan semula barang kemas bernilai RM800,000 yang saya hilang hari tu, kalau ada rezeki dan keberkatan mungkin boleh dapat semula macam Kak KM dapat sebelum ni,” ujar Kieda. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.