Permohonan visa tak lulus, niat suami isteri dan kawan nak rentas 7 negara untuk buat haji tak kesampaian

Niat rentas 7 negara nak buat haji tak kesampaian selepas permohonan seorang lelaki dikenali Ahmad Isa gagal mendapatkan visa biarpun sudah sampai di sana. Ahmad Isa sebelum ini berkongsi perjalanannya bersama isteri dan dua rakan merentasi beberapa buah negara semata-mata mahu menunaikan rukun Islam kelima di media sosial. Bagaimanapun, misi Ahmad bersama isteri, Noradilah Mohd Shafie, 37, dan seorang lagi rakan Abdul Halim Talha, 57, gagal kecuali seorang lagi daripada mereka. Sebenarnya saya tak ada perancangan. Namun kawan saya tekad untuk kayuh (basikal) sampai ke Makkah. Oleh kerana niat dia ingin tunaikan haji dan saya pun belum pernah buat, jadi saya dan isteri ikut serta.

“Kami punya nekad adalah nak selesaikan rukun Islam yang kelima ini secepat yang mungkin dengan apa cara sekalipun. Yang penting kita nak selesaikan rukun Islam kelima sebelum kita pergi menghadap illahi. Kami berempat (isteri dan rakan-rakan) berdaftar visa haji tu, Alhamdulillah dengan izin Allah seorang sahaja yang diluluskan visanya dan tiga orang lagi tidak lepas,” ujarnya. Mereka bagaimanapun tidak berputus asa, sebaliknya akan mencuba lagi pada tahun hadapan dan seterusnya sehingga misi tersebut tercapai.

Tidak dinafikan, Ahmad Isa akui sedih apabila misi mengayuh basikal selama lima bulan merentasi tujuh buah negara semata-mata mahu menunaikan ibadah tersebut gagal. “Saya juga manusia biasa, perasaan kecewa dan sedih tak dapat nak sorok walaupun cuba untuk pujuk diri dengan ayat-ayat positif. Semua perasaan bercampur baur apatah lagi sewaktu hari Wukuf.

“Sepanjang hari saya duduk depan TV tengok jemaah haji berarak dari Makkah, Mina, Arafah dan Mudzalifah. Saya doa, baca al-Quran dan kembali tengok TV. Sampai saya sendiri terlelap, bila terjaga, sambung doa lagi, tengok jemaah haji. Sepanjang hari saya diam dan muhasabah diri. Pasti ada dosa yang belum diampunkan. Pasti ada hikmah di sebalik cerita. Pasti ada hadiah yang Allah nak beri. Boleh saja kalau nak buat haji menggunakan visa tak sah, tapi kami pilih untuk masuk cara halal, yang mana ia susah nak dapat. Bukan rezeki saya dan isteri saya tahun ini,” ujarnya lagi.

Jelasnya, dia sentiasa ingat nasihat ibu agar menunaikan ibadah haji dengan cara yang betul kerana mahu akan keredaan-Nya. Dia juga berharap agar warga Malaysia lain juga mengikut jalan yang benar iaitu membuat visa Haji yang dibenarkan oleh pihak berkuasa. Terdahulu, Ahmad Isa bersama isteri dan rakannya dilaporkan telah tiba di Madinah, Arab Saudi pada 19 April lalu selepas 150 hari merentasi tujuh buah negara iaitu Malaysia, Thailand, India, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran dan Arab Saudi.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.