Ada yang pertikaikan bila Maryam suka menyanyi dan menari, sekali ini penjelasan dari Mawar Karim

Usahawan terkenal, Mawar Karim beri penjelasan tentang didikan agama yang diterapkan kepada anak perempuannya iaitu Wan Maryam. Menerusi perkongsian di TikTok, Mawar membalas komen individu yang menyuruh dirinya mengajar anaknya solat daripada menari-nari. “Alhamdulillah saya mengajar Maryam solat masa dia umur empat tahun.” Dalam pada itu, Maryam sempat mencelah dan memberitahu dia belajar solat daripada ibunya dan di sekolah. Klik sini untuk lihat video.

“Lepas tu Mummy beli banyak telekung untuk Maryam. Maryam belajar dekat sekolah atau dekat rumah Mummy yang ajar Maryam solat.” Tambah Mawar, dia membiarkan Maryam untuk menikmati kehidupan sebagai kanak-kanak serta minat anaknya itu. “Maryam memang budak-budak yang suka menyanyi dan menari. Bagi saya dia nak enjoy kehidupan dia saya bagi saja. Walaupun saya tak ajar pun Maryam menyanyi dan menari tapi Maryam yang nak. Dia naturally.

Bagi saya, saya biarkan dia enjoy life dari kecil nanti dah besar-besar saya tak bagi dah dia menari-nari, betul tak Maryam?” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.