Dah sah berpisah dengan Aliff Aziz, Rita Rudaini tampil titipkan kata nasihat buat Bella Astillah

Pelakon Rita Rudaini sempat tinggalkan respon terhadap perkongsian Bella Astillah di Instagram yang meluahkan isi hatinya berhubung rumah tangga bersama penyanyi, Aliff Aziz yang kini sudah menemui titik noktah. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 47, dilihat memberi kata-kata semangat buat Bella Astillah selepas sah berpisah dengan talak satu, pada Khamis.

Rita menasihati bekas isteri Aliff Aziz itu agar meneruskan kehidupan baharu tanpa menoleh ke belakang. “Jangan melangkah tapi berlari ke depan. Sampah tu biarkan saja nanti ‘bandaran’ datang kutip.” Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu dalam kenyataannya itu tetapi ‘bayangan’ tersebut seakan menggambarkan situasi yang dilalui Bella pada ketika ini.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Aliff dan Bella akhirnya menemui titik noktah apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur, pada Khamis. Imbas kembali, Bella memfailkan perpisahan terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 11 Mac lalu. Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.