Hasil usaha kerja keras selama ini, akhirnya tercapai hasrat Datuk Siti Nurhaliza nak beli kereta Range Rover

IMPIAN penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk memliki kereta idaman iaitu model Range Rover akhirnya menjadi kenyataan. Menerusi Instagram, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, meluahkan rasa syukur kerja kerasnya selama ini membuatkan hasil apabila berjaya membeli kereta mewah berkenaan. “Alhamdullillah impian saya untuk memiliki Range Rover terbaru jadi kenyataan dengan usaha dan ini juga rezeki anak-anak saya,” katanya. Klik sini untuk lihat video.

Bersama kapsyen itu, Siti turut berkongsi video memaparkan dirinya menaiki kenderaan tersebut ditemani anak lelakinya iaitu Muhammad Afwa. Dalam hantaran tersebut, terpancar riak teruja pada wajah penyanyi nombor satu negara itu saat melihat kereta Range Rover yang bernilai sehingga RM2 juta itu. Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-rata mengucapkan tahniah atas pencapaian Siti malah ada yang turut memuji sikap bersederhana penyanyi itu.

“Tokti je kalau tunjuk macam ini kami boleh terima. Kalau org lain, kita claim riyak! “Tokti jarang tunjuk kemewahan, rasanya ini pertama kali dia tunjuk kereta. “Tahniah Tokti, rezeki anak-anak dam kerja keras Tokti sendiri,” komen warganet. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *