Tular video memaparkan sekumpulan pekerja perkhidmatan pembersihan atau cleaner jumpa wang tunai sebanyak RM38 ribu ringgit di sebuah rumah yang sedang mereka bersihkan. Menerusi beberapa hantaran di TikTok, syarikat pekerja perkhidmatan bernama F.I.8 Empire telah memuat naik dua video memaparkan wang ringgit yang mereka temui di rumah tersebut. “Hari ini kami kemas rumah dan kami jumpa duit yang banyak. Nanti kami akan kira duit ini selepas ni,” katanya.
Dalam pada itu, individu yang mengambil rakaman tersebut berkongsi pemilik rumah tersebut sudah pergi menghadap illahi lima tahun yang lepas dan anaknya telah mengupah mereka untuk membersihkan rumah tersebut. “Kalau ada orang tua yang sorang-sorang, terbiar, kalau dia dah takde, tolong periksa benda ni semua. Duit tu ada kat mana-mana tau, berapa banyak duit yang terselit. Rumah ni dah lama terbiar, pemilik dah lama pergi menghadap illahi, dekat lima tahun. Arwah tak bagi orang lain kemas, tapi anak dia tak mampu. Jadi anak dia panggil kami,” ujarnya. Klik sini untuk lihat video.
Pada video berkenaan, individu itu bersama pekerja yang lain turut mengasingkan wang tersebut mengikut jumlahnya bagi memudahkan proses pengiraan. Hantaran seterusnya memaparkan pihak syarikat itu menyampaikan kesemua wang yang mereka temui kepada anak pemilik rumah tersebut.
“Kami dah kumpul dan kira jumlah wang ini. Dah kira-kira, duit ni lebih kurang dalam RM38 ribu dan kami nak serahkan kepada anak pemilik.Kami juga jumpa wang dari negara yang kami tak tahu dan itu pun kami serahkan kepada anak,” katanya. Selain menemui wang ringgit di rumah tersebut, pekerja perkhidmatan pembersihan itu turut menemui barang kemas dan duit lama Malaysia yang tidak lagi dicetak.
Selepas menyerahkan wang ringgit dan barang kemas yang mereka temui, barulah pekerja perkhidmatan pembersihan itu meneruskan proses pembersihan rumah tersebut. Menjengah ke ruangan komen pada video yang pertama, warganet berkongsi pengalaman mereka terjumpa wang ketika mengemas rumah.
Dalam pada itu, ada juga warga maya yang berkongsi rasa sebak mereka dan berkata ternyata ibu bapa memang tidak mahukan wang namun mereka mahukan masa bersama anak-anak mereka. Tidak kurang juga yang memuji sifat jujur pekerja perkhidmatan pembersihan itu kerana mengembalikan semua wang tersebut kepada waris pemilik rumah.
Banyak tu RM38k….. Mungkin arwah tak tahu nak beli apa dah guna duit tu, sampai diselit-selitnya satu rumah. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.