Bersyukur dapat hak penjagaan 2 anak penuh, Bella Astillah tak akan tuntut mutaah dan harta sepancarian pada Aliff Aziz

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak akan menuntut mutaah dan harta sepencarian terhadap Aliff Aziz selepas sah berpisah pada Khamis. Peguam syarie yang mewakili Bella iaitu Azmi Mohd Rais memaklumkan perkara itu sebagai antara penyelesaian perpisahan dan sudah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Aliff juga bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anak mereka iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella.

Pada pukul 1.10 petang Khamis, Aliff atau Mohammad Aliff Aziz, 33, melafazkan talak satu terhadap Bella pada perbicaraan kes perpisahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Lafaz itu dibuat mengikut hukum syarak dihadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najid Wan Hamat. Bella ketika ditemui memberitahu dia mahu memberi fokus kepada kehidupan baharu selepas sah berpisah dengan Aliff.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, juga meluahkan rasa syukur apabila dia mendapat hak penjagaan dua orang anak mereka. “Saya tak nak panjangkan apa-apa. Saya tak mahu apa-apa daripada Aliff. Sekarang adalah masa untuk move on. Banyak lagi perkara yang saya mahu buat. Syukur anak-anak di bawah jagaan saya. Itu adalah harta paling bermakna. Mendapat hak jagaan anak adalah keutamaan nombor satu. Saya bersyukur atas perkara itu,” katanya.

Tambah Bella juga dia tidak keberatan untuk bertemu dengan Aliff di masa akan datang namun tidak memikirkan hal tersebut dalam masa terdekat. “Belum sempat lagi nak fikir berhubung dengan Aliff buat masa sekarang. Kita lihat macam mana akan datang. Biarlah perlahan-lahan. Insya-Allah ini kali terakhir saya hadir ke mahkamah dan syukur semuanya selesai,” ujarnya. Untuk rekod, Bella menfailkan permohonan pisah pada 13 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhlwt oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024. Aliff bagaimanapun enggan melepaskan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu dengan alasan masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka. Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap curang apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.