Isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, sudah lama tidak muncul di media sosial sehingga membuatkan ramai yang tertanya tentang perkembangan dirinya. Terbaharu, Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin dipercayai memuat naik video menerusi TikTok Story pada Khamis. Video berdurasi 12 saat tersebut memaparkan, Ira yang mengenakan pakaian berwarna hijau dilihat sedang bermain dengan seorang kanak-kanak dan mereka berdua kelihatan begitu gembira. Klik sini untuk tengok video.
Sebelum ini, anak kepada pelakon Kazar Saisi itu sering berkongsi video masakan dengan pengikutnya. Kali terakhir Ira berkongsi resipi adalah pada Oktober tahun lalu sebelum berdiam diri dari alam maya. Timbul juga dakwaan yang mengatakan Ira kini sedang hamil dan berikutan itu dia tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial. Bagaimanapun, sehingga kini pasangan itu masih lagi mengunci mulut tentang dakwaan tersebut.
Dalam masa yang sama, Syamsul juga sudah lama tidak berkongsi sebarang hantaran di media sosialnya lalu menimbulkan pelbagai spekulasi. Sehinggalah April lalu, dia memuat naik video aktiviti bersama anak-anak. Terdahulu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023. Pada Jun tahun lalu pula, Syamsul sah berpisah dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.