Nampak macam menjiwai betul, tular video nenek emosi bila tengok drama aku bukan ustazah

Kadangkala, kita boleh terlebih emosi apabila menonton sesuatu filem atau drama bersiri, lebih-lebih lagi jika adegannya sangat relatable. Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @msitihasmah yang memaparkan seorang nenek yang begitu marah sehingga ingin ‘bergusti’ apabila menonton drama bersiri Aku Bukan Ustazah. Klik sini untuk lihat video.

Nenek yang dikenali sebagai Mak Siti itu melakukan aksi seperti ingin menumbuk ketika sedang menonton drama itu sambil duduk di atas kerusi roda. Mak Siti kelihatan begitu ‘menjiwai’ adegan yang memaparkan watak yang dilakonkan Erysha Emyra dipukul oleh watak yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim. Telatah warga emas itu sudah pastinya membuatkan ramai warganet terhibur, malah ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka yang seakan sama.

Lebih menghiburkan, pelakon drama bersiri itu, Zahiril Adzim juga meninggalkan komen di video tersebut dan meminta maaf kepada Mak Siti. Adui kelakar! Sumber: Lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.