Lepas teruk kena kritik dengan warganet, Andika Putera tampil buat permohonan maaf seikhlas hati

Personaliti media sosial, Andika Putera mohon maaf atas penularan isu rumah tangganya bersama bekas isteri, Ananda Natasha sejak kebelakangan ini sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan warganet. Permohonan maaf itu dibuat selepas bekas isteri membuat dakwaan Andika ugut mahu menyebarkan video intim mereka berdua berserta beberapa bukti tangkapan layar, semalam. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi video tersebut, Andika Putera atau mesra disapa Dika mohon maaf seikhlas hati kepada semua pihak yang terlibat seandainya isu rumah tangganya telah membuatkan ramai tidak senang. “Saya ingin memohon maaf atas segala isu keluarga saya di mana telah disensasikan semua orang dan saya juga ingin memohon maaf secara ikhlasnya yang di mana saya sebagai mentor dan public figure di media sosial yang menjadi tatapan semua orang.

Kalau yang umum saya perlu aware apa sahaja dengan setiap langkah saya, apa saja yang saya perlu tampilkan, saya perlu berhati-hati selepas ini kerana itu juga telah membina perspektif yang negatif. Dan sekali lagi saya ingin mohon maaf seikhlas hati dan saya harap semua orang boleh terima permohonan maaf saya ini,” katanya. Dalam pada itu, anak kelahiran Pulau Pinang ini juga memaklumkan dia mahu mencari jalan penyelesaian harmoni dan telah melantik peguam bagi menguruskan hal berbangkit tersebut.

“Konklusi dalam video ini, saya mengambil langkah untuk mencari jalan penyelesaian yang harmoni. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk serahkan kepada peguam saya untuk mencapai jalan solusi yang betul,”katanya lagi. Sementara itu, peguam mewakili Andika menasihati agar perkara melibatkan rumah tangga tidak perlu dihebahkan kepada khayalak umum.

“Dengan permohonan maaf ini kepada masyarakat, ia perlu dihentikan kerana jikalau ia melarat ia akan melibatkan perkara-perkara yang tidak memberikan manfaat yang bagus. Kita serahkan kepada mahkamah yang mulia, serahkan daripada sudut perundangan,” kata peguam. Isu membabitkan rumah tangga Andika Putera mula tercetus apabila bekas isterinya, Ananda Natasha memuat naik siri tangkap layar dipercayai daripada beberapa individu di InstaStory mendakwa lelaki berkenaan bermain kayu tiga bersama seorang wanita yang juga ikon motivasi dalam sebuah program.

Andika bagaimanapun menafikan dirinya berlaku curang terhadap Natasha sepanjang perkahwinan mereka selama empat tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Alisha Puteri. Ia sekali lagi menjadi bualan selepas Natasha atau mesra disapa Tasha mendakwa Andika telah memberi ugutan kepadanya untuk menyebarkan video hubungan intim mereka bersama.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.