“Saya ada ayah tapi macam tiada…” Luahan pelakon Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin di platform Threads mengenai bapa kandungnya telah menarik perhatian ramai. Menerusi perkongsian pelakon berusia 38 tahun, dia mendedahkan bapanya tergamak melemparkan kata-kata hinaan dan cacian kepadanya. Dalam hantaran itu, Zara Zya meminta orang ramai agar tidak membuli dan bercakap hal negatif mengenai dirinya.
Malah, dia turut meminta orang ramai tidak bertanya mengenai bapa kandungnya meskipun figura itu wujud. “Saya ada ayah tapi ‘tak ada’. Ayah saya? Sudah berapa banyak akaun palsu dia yang saya sekat. Hina, mengata saya di media sosial. Itu atas talian, secara ‘offline’? Semestinya lebih rancak. Jadi jangan tanya mana ayah saya, siapa ayah saya,” luahnya. Sementara itu, Zara memaklumkan bahawa dia telah mengumpul dan menyimpan semua bukti untuk digunakan sekiranya perlu.
“Pernah wartawan cari saya dan cakap ada seorang lelaki call , cerita tentang saya dan dia kenalkan diri sebagai ayah saya. Bukti… banyakkk saya simpan. Jadi jangan tanya mana ayah saya siapa ayah saya… YTJT (yang tahu sahaja tahu),” luahnya lagi. Bercerita dengan lebih lanjut, Zara memaklumkan hubungannya dengan rakan sudah tidak seakrab dahulu dan masing-masing mula menjauhkan diri. “Saya ini jujur, tak fake. Orang tak suka berkawan dengan saya sebab diri ini membosankan. Jangan tanya mana kawan-kawan saya.
Saya tak ada kawan dan kalau dulu ada yang rapat, sekarang tidak lagi. Semua pun sudah ada haluan sendiri. Makin menyepi,” katanya. Dalam pada itu, Zara mendedahkan dirinya kini sedang berjuang dengan penyakit ‘misteri’ dan memerlukan rawatan di hospital. Kongsinya, dia menghidap anxiety, selain dirinya yang ambivert termasuk gagal dalam melakukan perniagaan dan tiada kawan.
Dalam kesempatan itu, Zara meminta jasa baik orang ramai untuk mendoakan dirinya diberi kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan urusan selain diberi kekuatan dalam menghadapi ujian. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.