Status Instagram (IG), bekas isteri usahawan, Datuk Red iaitu Sharifah Norshafila meraih perhatian yang berkongsi doanya kini tidak mahu lagi mencintai manusia. Baru sahaja selesai idah pada 14 Julai lalu, bekas isteri pertama Datuk Red ini berharap agar pintu hatinya terus terkunci sehingga orang tepat muncul dalam hidupnya. “Doa ku hari ini, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, ku tutup hatiku dan ku buang rasa cintaku terhadap manusia sekeras surah Al-hadid sehingga ada seseorang yang mampu membukanya selembut surah Al-rahman. Matikanlah hatiku daripada mencintai ciptaanmu, kecuali pada orang memang nantinya akan ditakdirkan untukku,” tulisnya.
Sebelum ini, Syarifah dilihat seakan terluka selepas mengakui dalam fasa ‘mental breakdown’ dipercayai berhubung perkahwinannya bersama Datuk Red yang terlerai selepas 19 tahun berkahwin. Malah, Sharifah juga memohon ruang dan masa untuk dia kembali kuat menempuh takdir Illahi terhadap rumah tangganya.
Sebelum ini, Datuk Red memaklumkan idah bersama bekas isteri pertamanya telah selesai pada Ahad lalu selepas sah berpisah talak satu pada 14 Mei lalu. Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mendirikan rumah tangga bersama Syarifah pada 2005 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Baru-baru ini juga, Datuk Red turut memaklumkan idah bersama penyanyi, Adira Suhaimi juga telah berakhir.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.