Belikan anak iphone sebab kawan kawan semua guna model tu, sekali permintaan bapa dia sebelum beli tu buat ramai yang sebak

Seorang bapa telah datang ke kedai telefon untuk membelikan anaknya iPhone walaupun diri sendiri pakai telefon retak membuatkan ramai sebak. Menerusi perkongsian yang dibuat pemilik kedai dikenali sebagai Chegu Aiman Gadget, lelaki pertengahan usia itu telah datang untuk membelikan anak perempuannya iPhone memandangkan rakan-rakannya menggunakan model berkenaan. Klik sini untuk lihat video.

Difahamkan, lelaki tersebut baru sahaja pulang dari kerja dan terus membawa anaknya ke kedai bagi membeli telefon tersebut dengan tujuan untuk kegunaan belajar. Namun, sebelum membayar harga iPhone model XR itu dengan nilai RM950, dia meminta supaya anaknya berjanji terlebih dahulu bahawa telefon tersebut akan digunakan sebaiknya dan bukan untuk bercinta.

“Tapi sebelum bayar, mesti berjanji dahulu. Ini bukan untuk bercinta, Masih sekolah kan. Yer la, senang je janji tu Bapa takut anak kecil hati, terasa hati. Bapa dengar kata anak, anak dengar juga kata-kata bapak.  Bapak bukan nak suruh anak jadi jahat, tetapi menjadi anak yang lebih baik,” tutur lelaki itu. Dia yang hanya membawa duit tunai sebanyak RM600 meminta supaya baki selebihnya dibayar secara atas talian kepada pemilik kedai.

Ujar lelaki itu lagi, diskaun RM50 yang diberikan oleh pemilik kedai mahu digunakan untuk membelanja makan ahli keluarga yang lain selepas membeli telefon tersebut. Perkongsian video berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata meninggalkan komen yang pelbagai. Ada di antara mereka merasakan bahawa telefon bimbit jenis android lebih berbaloi kerana mempunyai ruangan penyimpanan yang lebih besar. Apa-apa pun, pengorbanan seorang bapa yang ditunjukkan begitu menyentuh hati kerana dapat dilihat kegembiraannya mampu menyenangkan hati anak dengan usaha kerasnya sendiri.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *