Berat dari 140 turun ke 82 kilogram, ramai yang terkejut bila tengok penampilan terkini Enot

Penampilan terkini pelakon dan pelawak Enot telah menyorot perhatian wargamaya. Menerusi sebuah hantaran video di TikTok, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 45, kelihatan semakin kurus berbanding sebelum ini. Enot yang mengenakan baju serba hitam dalam perkongsian tersebut turut menunjukkan bentuk badannya dari sisi tepi dan belakang. Difahamkan, penurunan berat badan Enot berlaku selepas dia mengambil satu jenama produk makanan tambahan. Klik sini untuk lihat video.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen terkejut melihat perubahan aktres tersebut yang semakin kurus. Enot juga sempat membalas satu komen warganet dengan memberitahu berat terkininya adalah 82 kg. Terdahulu, pelakon drama Odah Drebar itu mendedahkan berat badannya pernah mencecah 140 kg.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *