Chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan jaga kebajikan adik-beradik termasuk bekas isteri, Allahyarhamah Norhayate Ayub selepas pemergian ibu tersayang. Perkara itu dimaklumkan oleh Chef Wan dalam sebuah perkongsian bersama majalah Maskulin, baru-baru ini. Menurut beliau, semua adik-beradiknya mendapat layanan yang sama seperti dan dia tidak kisah memberi elaun kepada mereka.
“Adik beradik pun saya bagi elaun. Seorang yang RM3,000, seorang RM2,000, macam duit pencen. Semua orang dapat. Selepas ibu saya dah pergi menghadap illahi, bekas isteri saya semua dapat. Adik beradik semua saya jaga,” katanya. Jelas Chef Wan, dia amat mementingkan berbuat kebajikan dan berkongsi rezeki dengan orang yang lebih memerlukan.
“Pada saya, saya seorang yang seimbang. Duit adalah duit. Tadi chef saya pun cakap untuk kanser, ‘banyak Chef bagi dana tahun ini’ saya kata, ‘tak apalah, sedekah’. Biar kita mti miskin, biar kurang harta tapi kita lebihkan kebajikan. Pada akhirnya bukan tanya berapa rumah yang awak ada kan? Ada lima biji rumah, nak buat apa banyak rumah? Anak semua dah ada dah bahagian masing-masing, cukuplah.
Tak payah beli rumah lagi dah. Duit itu lebih baik pergi travel, bagi kebajikan mana yang perlu. Kena kebajikan yang betul-betul lah. Orang-orang susah, cacat, autistik, buta, rumah tua-tua,”katanya lagi.” Betul juga apa yang dikatakan oleh Chef Wan. Tak guna kalau kaya harta tapi tak berkongsi rezeki kepada keluarga dan mereka yang memerlukan pertolongan. Mungkin ini salah satu cara buat kita untuk mengumpul pahala buat perhitungan di sana kelak.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.