ANAKÂ usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendedahkan dia trauma dengan dengan golongan lelaki susulan membesar tanpa bapa kandung sejak kecil. Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, berkata, perasaan rindu terhadap seorang bapa juga tiada di dalam diri membuatkan hatinya berasa kosong apabila bercakap mengenainya. “Saya tak bersama ayah sejak kecil lagi… Daripada dua ke tiga tahun macam itu, jumpa dia pun macam meminta.
Saya rasa biasa saja, tiada perasaan rindu apa semua. Trauma dengan dia, trauma dengan lelaki,” katanya. Cik B berkongsi perkara tersebut menerusi sedutan sesi podcast ‘Bukak Mulut’ yang dimuat naik di Instagram Myaudioplus. Dalam pada itu, Cik B memberitahu bapanya pernah beberapa kali menghubunginya menerusi Instagram namun dia memilih mengabaikan mesej yang dihantar.
“Tak berhubung… Dia ada DM saya di Instagram tapi tiada perbualan antara kami. Waktu dah besar baru dia cari. Orang akan cakap dia tetap ayah. Ya, betul dia tetap ayah kita,” jelasnya. Sementara itu, Cik B meluahkan rasa syukur kerana ibunya banyak memainkan peranan sebagai bapa kepada dia dan adik lelakinya. Katanya, dia bukan hanya menganggap Vida sebagai ibu dan bapa tetapi kakak dan rakan baiknya.
“Mama dia pegang tanggungjawab sebagai ayah dan keluarga saya. Jadi mama ini adalah saya punya ayah, mak, kakak dan bestie,” ujarnya. Untuk rekod, Vida pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun semuanya berakhir dengan perpisahan. Cik B merupakan anak hasil daripada perkahwinan pertama Vida bersama Mohammad Amin Yasin. Selain Cik B, pasangan tersebut turut dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki termasuk Eric Zaquan atau Kacak. Bagaimanapun anak pertama dan kedua mereka pergi menghadap illahi dalam kejadian kebkrn rumah pada 3 Ogos 2013.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.