PERTAMA kali bergelar ibu, penyanyi Datin Alyah berkongsi cerita bagaimana dia memilih nama buat anak angkatnya iaitu Nur Izzara. Alyah atau Nor Hasliah Abu Hassan, 43, berkata nama anaknya itu diambil dari sebuah restoran di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Ayer Keroh, Melaka. “Saya tak pernah ada pengalaman sebelum ini tapi nama anak saya ini diambil ketika saya singgah ke R&R dan ada restoran Izzara di situ.
Saya nak letak nama Izara Aishah tapi risau orang keliru dan ibu saya pula nasihat untuk letak Nur jadilah Nur Izzara,” katanya. Berkongsi lebih lanjut, Alyah mengakui dia masih dalam proses untuk menjadi ibu namun perasaan enggan berjauhan dengan anak sudah mula timbul. Katanya, perasaan menjaga cahaya mata sulung sangat memberi perubahan besar dalam hidupnya.
“Saya masih lagi dalam proses menjadi ibu sebab pengalaman menjaga anak saudara berlainan dengan Izzara yang ada 24 jam bersama saya,” katanya. Dalam pada itu, Alyah menganggap Izzara sebagai rezeki buatnya dan suami, Datuk Ramli MS memandangakan mereka tidak pernah merancang mengambil anak angkat. Malah dia juga lebih selesa merahsiakan latar belakang anaknya itu.
“Saya memang tak pernah rancang untuk ada anak angkat… ramai nak beri tapi saya tak nak sebab komitmen anak ini bukan macam kucing. Tapi selepas dapat panggilan haji saya dapat bayi ini setelah dua hari dia dilahirkan. Saya tak boleh nak kongsi sebab apa ibu bapanya tidak menjaga dia tapi saya rasa ini rezeki saya dan Tok Ram,” luahnya.
Pada Jun lalu, Alyah berkongsi khabar gembira dengan kehadiran orang baharu di dalam keluarganya. Malah dalam hantaran di Instagram itu, Alyah turut berkongsi sekitar majlis cukur jambul dan aqiqah anak perempuannya. Untuk rekod, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Ramli pada 2013 di Indonesia.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.