Pernah kena hamun, Elyana luah rasa geram bila dirinya jadi tempat rujukan orang ramai yang menghidapi penyakit

Penyanyi Elyana meluahkan rasa geram apabila dirinya menjadi tempat rujukan orang ramai yang menghidapi penyakit. Menerusi hantaran di Instagram Story, Elyana berkata, dia juga seorang pesakit dan tidak pakar soal penyakit. Malah, dia mendedahkan pernah dimaki hamun apabila tidak dapat memuaskan hati semua orang. “Minta maaf. Saya bukan klinik atau hospital untuk semua orang nak dapatkan jawapan tentang penyakit ya. Saya pun pesakit macam anda.

Berat jadi saya ni. Nak kena layan semua orang bila orang perlukan. Bila ada yang tak kena di mata orang, orang maki hamun saya macam saya tak ada perasaan. Saya bukan malaikat.” Dalam pada itu, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu meminta untuk merujuk penyakit mereka kepada yang lebih pakar. “Korang kata saya ahli neraka, tak kan masih nak minta tolong saya? Ramai lagi orang yang bijak pandai dekat luar sana.” Terdahulu, di ruangan komen, seorang pengikutnya yang dipercayai menghidap knsr bertanyakan tentang amalan yang dilakukan yang dapat menyembuhkan penyakitnya namun Elyana hanya memberitahu kesembuhannya adalah dengan kuasa Allah SWT.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.