Sambut ibu pulang haji tanpa bapa di sisi walaupun mereka pergi berdua ternyata cukup memeritkan apabila insan tersayang dijemput Ilahi ketika berada di Tanah Suci. Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat akaun TikTok wanie_zaidie8510 apabila memuat naik momen sewaktu menjemput ibunya di lapangan terbang bersama keluarga dengan menerima kenyataan bahawa bapa mereka sudah tiada. Dalam perkongsian tersebut, dia meluahkan rasa syukur apabila ibunya selama sampai dan mendakap anak-anak selepas hampir sebulan lebih berada di Tanah Suci. Klik sini untuk lihat video.
Ujar wanita itu, ibu tersayang berada dalam keadaan sihat dan kuat dengan memberitahu bahawa allahyarham bapa sudah berada di syurga menunggu isteri serta anak-anak tersayang. “Alhamdulillah mak sihat dan baik2 saja. Cuma ada sedikit batuk2. Mental dan fizikal mak kuat. Mak juga hebat mcm ayah. Mak kata ayah tgh tggu kita smua kat syurga,” tulisnya.
Wanita tersebut juga berkongsi video sewaktu ibu dan bapanya melambai buat kali terakhir sebelum berangkat ke Mekah pada 12 Mei lalu sebelum menerima khabar bapanya pergi menghadap illahi pada 13 Jun 2024. Walau bagaimanapun, pengguna TikTok berkenaan menyatakan yang mereka adik beradik akan terus menjaga ibu dengan sepenuh jiwa raga semoga berdoa agar urusan mereka sekeluarga dipermudahkan diatas muka bumi ini selepas pemergian bapa.
Menerusi posting yang dibuat oleh wanie_zaidie8510, ramai yang mengakui sebak melihat momen mereka berangkat berdua namun ternyata hanya seorang sahaja yang pulang dari mengerjakan haji. Warganet turut mendoakan agar allahyarham Abd Manaf bin Haji Hanafi ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan ahli keluarga yang ditinggalkan terus kuat dalam menempuh kehidupan yang akan datang.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.