Berhasrat nak anak perempuan kali ni, Jamal Abdillah luah rasa syukur isteri bebas dari penyakit jantung

Penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah bersyukur selepas doktor pakar di Institut Jantung Negara (IJN) mengesahkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin tidak menghidap penyakit jantung seperti yang didakwa sebelum ini. Memetik laporan Harian Metro, Jamal memberitahu doktor memaklumkan berita tersebut selepas menjalani pemeriksaan angiogram (masuk tiub) akibat alahan mengandung yang teruk dan muntah-muntah.

“Isteri mengalami alahan yang sangat teruk dan diberi ubat tahan muntah tetapi muntah semula hingga menyebabkan jantungnya bengkak serta mendapat serangan jantung hingga dimasukkan ke IJN. Alhamdulillah, selepas di rawat di IJN dan pemeriksaan angiogram, doktor mengesahkan isteri bebas dari sebarang penyakit berkaitan jantung dan sudah dibenarkan keluar dari IJN, lebih seminggu lalu untuk berehat di rumah.

Keadaan isteri dan bayi dalam kandungan yang kini berusia tiga bulan juga berada dalam keadaan baik.” Bagaimanapun, isterinya disarankan oleh doktor pakar untuk membuat pemeriksaan di IJN setiap bulan sehingga bayi dilahirkan nanti. Disoal tentang jantina bayi mereka, Jamal berhasrat untuk mendapatkan anak perempuan bagi melengkapkan keluarganya itu. “Masih awal lagi untuk mengetahui jantina bayi kelima kami ini kerana isteri dijangka melahirkan pada Januari depan.

Saya juga mohon doa dari semua peminat semoga isteri selamat melahirkan anak kami nanti.” Terdahulu, Jamal memaklumkan isterinya terpaksa dirawat di IJN akibat alahan mengandung yang teruk dan muntah-muntah. Untuk rekod, Jamal dan Zai Izzati berkahwin pada 1 April 2017 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.

Jamal juga memiliki dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.